Thursday, 10 December 2009

Sistem Pengurusan Pengeluaran


Sistem keluaran Raycode System Developement  ini di reka untuk memudahkan pengusaha industri kecil dan sederhana merekod butiran pembelian bahan mentah, pengeluaran bahan mentah, rekod pengeluaran, rekod jualan, maklumat pembeli,maklumat penjual serta membuat pengiraan baki stok secara automatik. Dengan menggunakan sistem ini, pengusaha kilang dapat melihat analisis jualan serta analisis pembelian dengan tepat untuk merancang pengurusan syarikat.

Sistem ini akan memberikan maklumat dengan tepat mengenai baki bahan mentah yang ada dalam kawalan supaya pihak pengurusan dapat membuat perancangan awal untuk pembelian bahan tersebut.


Sistem ini mengandungi maklumat pembekal serta pembeli yang lengkap. Maklumat ini boleh dicetak pada bila-bila masa.


Sistem ini memudahkan pihak pengurusan mengetahui dengan tepat hasil jualan,keluaran,pungutan wang dan jumlah hutang yang belum dijelaskan termasuk rekod pemiutang yang belum melangsaikan hutang.


Sistem ini mesra pengguna sekalipun digunakan oleh pekerja yang tidak mempunyai kemahiran komputer.

Sistem ini mempunyai katalaluan tersendiri yang mana hanya individu berkenaan sahaja yang dapat akses ke bahagian  yang dipertanggung jawabkan.



Untuk sebarang pertanyaan:

Zulkifli Bakar
019 5606066 / 0134910010 / 
Email: zulsystem@yahoo.com

Sila layari website kami:

Klik di sini untuk ke web site kami

Kandungan Sistem


Sistem RAYCODE ini amat mudah dikendalikan serta boleh dipasang dipelbagai komputer. Dengan menggunakan sistem ini pihak pengurusan kilang dapat mengesan jumlah baki stok dengan mudah dan tepat. Antara yang terdapat dalam sistem ini ialah:





MODUL SISTEM
Rekod pembelian bahan mentah
Senarai bahan mentah
Rekod pengeluaran bahan mentah
Rekod pembekal
Rekod pembeli
Rekod jualan
Rekod pengeluaran
Senarai produk yang dikeluarkan
Rekod bayaran
Rekod tempahan
Rekod pekerja
Tetapan harga

LAPORAN
Laporan jualan mengikut tarikh
Analisis jualan
Analisis pengeluaran
Rekod pembelian bahan mentah
Laporan baki stok
Laporan maklumat pembekal
Laporan maklumat pembeli
Laporan kutipan ataupun pembayaran diterima
Laporan hutang belum dilunaskan
Laporan pemiutang
Cetakan resit
Cetakan Invoice
Cetakan Surat Peringatan

KEMUDAHAN
Tetapan cukai barangan dan cukai perkhidmatan
Tetapan kenaikan harga pada hari-hari tertentu
Tetapan diskaun pada hari - hari tertentu
Tetapan diskaun mengikut  keahlian ataupun pelanggan
Tetapan had kredit
Tetapan akses

Dengan menggunakan sistem Raycode, penguna boleh membuat tetapan berkenaan cukai jualan, cukai perkhidmatan, diskaun keahlian dengan mudah. Pengguna boleh memilih tarikh - tarikh tertentu  untuk untuk membuat tawaran diskaun, dan apabila tiba pada tarikh tersebut barangan yang telah ditanda   secara automatik akan diberikan potongan harga.

Sistem ini membolehkan pengguna menyediakan katalaluan dan hanya individu tertentu yang boleh akses laman yang telah diamanahkan kepadanya.

Pengguna boleh melihat baki stok dan bahan mentah secara automatik setiap kali ada transaksi. Pengguna boleh menetapkan had minimum barangan, bilamana barangan tersebut berkurangan ianya akan memberikan amaran meminta pengusaha menambahkan stok.

Pengguna juga boleh menetapkan had kredit yang akan menyekat pelanggan jika had kredit melepasi tahap yang dibenarkan.

REKOD PENGELUARAN
Hanya di Raycode System sahaja yang mengeluarkan sistem pengurusan pengeluaran yang dapat memenuhi kehendak pengusaha industri pengilangan. Kebanyakan sistem yang ada di pasaran hanya tertumpu kepada stok sahaja. Tetapi dengan Raycode System, aplikasi ini menyediakan kemudahan daripada mula sehingga akhir. Bermula dari pembelian barangan,pengeluaran stok bahan mentah untuk diproses,rekod jumlah produk yang di proses dan jumlah produk yang telah di kotak, dibotol atau dibungkus sehingga kepada proses pengedaran dan jualan.

Segala pertanyaan berkenaan sistem Raycode bolehlah ajukan kepada
ZULKIFLI ABU BAKAR
019 5606066

Monday, 8 June 2009

Barcode Generator

Dengan menggunakan perisan ini, anda tidak perlu lagi memikirkan bagaimana untuk menghasilkan barkod bagi produk- produk yang belum lagi mempunyai barkod.Sistem ini menyediakan sebanyak 65k nombor yang sedia digunakan untuk penghasilan barkod. Anda boleh menambah sendiri nombor mengikut kesesuaian anda di masa akan datang.

Anda boleh memilih sebarang nombor, kemudian 'generate' menggunakan perisian ini, dan ia akan muat ke dalam 1 'sheet'. Dengan menggunakan pencetak laser, anda boleh mencetak barkod tersebut. Untuk memudahkan, anda boleh mencetak barkod tersebut di atas kertas sticker A4.

Sangat mudah di gunakan, semudah ABC. Tidak perlukan kemahiran yang tinggi untuk menghasilkan barkod  menggunakan perisian ini.