Kelebihan


Bagi pengusaha - pengusaha yang menyertai industri pengilangan barangan,kenaikan harga barangan mentah menyebabkan mereka susah untuk melihat kadar keuntungan kasar kerana kebanyakan sistem rekod jualan yang ada hanya menetapkan harga pembelian dan harga jualan. Tapi bagi Raycode System, jika berlaku kenaikan kos bahan mentah, pengusaha boleh membuat tambahan harga dengan mengekal kos harga asal yang sedia ada tanpa menjejaskan  harga jualan yang telah ditetapkan. Raycode System mempunyai kemudahan untuk menaikkan harga ataupun menurunkankan harga mengikut pilihan tarikh - tarikh yang dikehendaki. Sebagai contoh, mungkin ada pengusaha yang ingin memberikan diskaun sesuatu jenis barang pada 31 hb Ogos. Dengan menggunakan Raycode System,pengusaha boleh menetapkan di dalam sistem dan apabila tiba hari berkenaan harga akan bertukar secara automatik.

Raycode System tidak sama dengan POS SYSTEM yang banyak ada di pasaran dan tidak sama dengan kebanyakkan sistem stok lain. Ini kerana POS SYSTEM hanya mempunyai 1 level sahaja, iaiatu barang masuk ( beli ) dan barang keluar ( jual ). Tapi Raycode System mempunyai banyak level lagi. Ini kerana selain daripada rekod stok bahan mentah,pengusaha kilang juga mempunyai stok produk yang dihasilkan. Bagi stok produk yang dihasilkan akan dipecahkan lagi kepada sub produk selepas pembungkusan. Selepas pembungkusan ianya akan diserahkan kepada Jabatan Pemasaran untuk dijual, dan di sini bermula sekali lagi urusan pengiraan barangan supaya kedudukan jumlah stok adalah tepat dan betul.

Raycode System mempunyai had tetapan kredit. Pengusaha boleh memilih untuk membuat tetapan sendiri had-had kredit kepada mana-mana pelanggan. Pengusaha boleh juga menetapkan kadar diskaun mengikut kumpulan.

No comments:

Post a Comment