Sistem ini bermula dengan rekod pembelian bahan mentah. Kemudian bahan mentah tersebut digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis produk utama. Dari produk utama tersebut dipecahkan kepada sub produk yang kecil-kecil (packing) mengikut permintaan. Setiap kali ada operasi pengilangan no siri pengilangan akan diberikan secara automatik. Ini untuk memudahkan pihak pengusaha mengesan bila mana berlaku sebarang kecacatan ke atas sesuatu barangan, dengan mengetahui no siri pengilangan ianya dapat mengetahui bila barangan tersebut dikilang atau dihasilkan.
Sub produk akan mengambil produk utama untuk tujuan pembungkusan, pembotolan dan sebagainya.
Pengusaha dapat mengetahui dengan tepat jumlah barang mentah yang dikeluarkan, jumlah produk utama yang telah di hasilkan serta jumlah sub produk yang telah dibungkus untuk diedar dan dijual.
Produk tersebut akan direkod samada untuk simpanan ataupun untuk diagih kepada jabatan pemasaran.
Produk tersebut akan direkod samada untuk simpanan ataupun untuk diagih kepada jabatan pemasaran.
Sistem akan merekod setiap urusan jualan serta tempahan. Pengusaha dapat melihat baki bahan mentah,baki produk utama serta jumlah sub produk yang telah dihasilkan.
Pengusaha dapat membuat tetapan had kredit serta diskaun kepada pengedar - pengedar. Dengan ini dapat mengawal aliran kredit pengedar. Semua urusan pembayaran juga dapat direkodkan dengan mudah.
Dengan adanya sebuah aplikasi yang sistematik,ianya memudahkan pengusaha untuk mengetahui jumlah pembelian bahan mentah, jumlah pengeluaran produk, jumlah jualan, baki stok, produk yang paling laris,kiraan keuntungan kasar dengan mudah,cepat dan tepat.

No comments:
Post a Comment